Sekumpulan anak anak felda yang dilontar ke kota untuk bersaing dengan anak anak kota....batch 1982 - 1986
Rabu, 23 Oktober 2013
Sabtu, 12 Oktober 2013
Qasidah...
Betapa Beruntungnya Kami
ظَهَرَ الدِّينُ المُؤَيَّد بِظُهُورِالنَّبِى اَحمَد
dzoharoddiinul muayyad bidzhuhuurin nabi ahmad
Telah muncul agama yang didukung, dengan munculnya sang Nabi Ahmad
يَا هَنَانَــــــــا بِمُحَمَّد ذَلِكَ الفَضلُ مِنَ الله
ya hana na bimuhammad dzalikal fadhlu minallah
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad (Saw), itulah anugerah daripada Allah SWT
يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami
خُصَّ بِالسَّبعِ المَثَانِى وَحَوى لُطفَ المَعَأنِى
khusho bissab’il matsani wa hawa luthfal ma’ani
Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah), penghimpun rahsia bagi setiap makna
مَالَهُ فِى الخَلقِ ثَانِى وَعَلَيهِ اَنزَلَ الله
ma lahu fil kholqi tsani wa a’laihi anzalallah
Tidak ada yang senilai dengannya, dan Allah mewahyukan kepadanya (Muhammad SAW)
يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami
مِن مَكَّةٍ لَمَّا ظَهَر لِاَجلِهِ انشَقَ القَمَر
min makkatillamma dzohar liajlihin syaqqal qomar
Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW),
وَافتخَرَت الُ مُضَر بِهِ عَلى كُلِّ الاَنَام
waf takhorot aalu mudhor bihi ala kullil anam
lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) dibanggakan oleh seluruh manusia
يَاهَانَانَأ
ya hana na
Betapa beruntungnya kami
اَطيَبُ النَّاسِ خَلقًا وَاَجَلُّ النَّاسِ خُلُقُا
athyabunnasi kholqon wa ajallunnasi khuluqon
Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaanNya, dan teragung akhlaknya
ذِكرُهُ غَربًا وَشَرقًا سَائِرٌ وَالحَمدُ لِله
dzikruhu ghorbaw wa syarqon saa iruw walhamdu lillah
Semua berzikir ke atasnya samada di barat atau di timur, segala puji hanya bagi Allah SWT
يَاهَنَانَا
ya hana na
Betapa beruntungnya kami
صَلُّوا عَلى خَيرِ الاَنَام المُصطَفَى بَدرِالتَّمَام
shollu a’la khoiril anami al musthofa badrittamami
Berselawatlah ke atas sebaik-baik manusia (Muhammad SAW) yang terpilih, sang bulan purnama
صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا يَشفَع لَنَأ يَومَ الزِّحَام
shollu a’laihi wasallimu yasyfa’ lana yaumazzihami
Sampaikanlah salam kepadanya, moga diberi syafaat di hari kebangkitan
يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa beruntungnya kami
Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2013/02/qasidah-ya-hanana-lirik-dan-maksud.html#ixzz2hZSRAx41
Rabu, 2 Oktober 2013
Terima Kasih Cikgu...
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
Selasa, 1 Oktober 2013
PROGRAM PELAJAR HARAPAN FELDA 2014
Disini saya hendak maklumkan
mengenai satu program yg diatur oleh Alumni Asrama Felda, ia telah dibuat mulai
dpd thn 2011.
Program ini diatur utk anak2
peneroka, kakitangan tak kira generasi keberapa, dimana pelajar2 ini pintar di
Felda tapi tidak masuk mana2 sekolah berasrama penuh, jadi mana anak2 kawan
kita yg akan menghadapi SPM pada tahun 2014 boleh menyertai program ini.
Syarat2 ada didalam surat
seperti dilampirkan, Cuma utk masuk proses temuduga, pelajar tersebut mesti
mendapat minima PMR 6A/2B dan Peperiksaan Tgh Thn 2013 yg agak cemerlang dan
aktif dalam sukan dan lain2 aktiviti luar darjah dan mendapat pengesahan
daripada Pengurus Rancangan atau Pengurus Wilayah.
Jika berminat, berikan nama
pelajar tersebut dan sila dapatkan borang di pejabat pengurus rancangan yg
terdekat supaya boleh hadir pada sesi temuduga seperti d dalam surat tersebut.
Program ini dibawah Yayasan
Felda dan Alumni dan diantara aktivitinya:-
1.
Peruntukan
RM500/bulan utk tuisyen secara peribadi d rumah.
2.
Kursus motivasi pada
cuti persekolahan.
3.
Kursus2 Pelajaran
terutama nya subjek English, Sains dan Matematik semasa cuti sekolah. (Kalau
ada kenkawan cikgu yang berminat utk memberi tunjukajar tahun 2014 saya akan
cuba usaha untuk menjemput tuan/puan) p/s – makan/minum/tempat tinggal dan
transport d tanggung oleh felda.
4.
Lawatan2 susulan
oleh AJK PHF yang diberi tanggungjawab untuk memantau setiap pelajar tersebut.
Sekian terima kasih.
Mohd Rozi
Langgan:
Catatan (Atom)