Selasa, 1 Oktober 2013

PROGRAM PELAJAR HARAPAN FELDA 2014




Disini saya hendak maklumkan mengenai satu program yg diatur oleh Alumni Asrama Felda, ia telah dibuat mulai dpd thn 2011.

Program ini diatur utk anak2 peneroka, kakitangan tak kira generasi keberapa, dimana pelajar2 ini pintar di Felda tapi tidak masuk mana2 sekolah berasrama penuh, jadi mana anak2 kawan kita yg akan menghadapi SPM pada tahun 2014 boleh menyertai program ini.

Syarat2 ada didalam surat seperti dilampirkan, Cuma utk masuk proses temuduga, pelajar tersebut mesti mendapat minima PMR 6A/2B dan Peperiksaan Tgh Thn 2013 yg agak cemerlang dan aktif dalam sukan dan lain2 aktiviti luar darjah dan mendapat pengesahan daripada Pengurus Rancangan atau Pengurus Wilayah.

Jika berminat, berikan nama pelajar tersebut dan sila dapatkan borang di pejabat pengurus rancangan yg terdekat supaya boleh hadir pada sesi temuduga seperti d dalam surat tersebut.

Program ini dibawah Yayasan Felda dan Alumni dan diantara aktivitinya:-

1.       Peruntukan RM500/bulan utk tuisyen secara peribadi d rumah.
2.       Kursus motivasi pada cuti persekolahan.
3.       Kursus2 Pelajaran terutama nya subjek English, Sains dan Matematik semasa cuti sekolah. (Kalau ada kenkawan cikgu yang berminat utk memberi tunjukajar tahun 2014 saya akan cuba usaha untuk menjemput tuan/puan) p/s – makan/minum/tempat tinggal dan transport d tanggung oleh felda.
4.       Lawatan2 susulan oleh AJK PHF yang diberi tanggungjawab untuk memantau setiap pelajar tersebut.

Sekian terima kasih.

Mohd Rozi

1 ulasan:

  1. Pada 1-4hb Disember 2013, Program PHF akan diadakan di Felda Residence Hot Springs Sg Klah, dimana Ibubapa dan pelajar di kumpulkan diberi taklimat serta motivasi diri. Jika ada sesiapa berminat utk menjadi AJK PHF, sila maklumkan kepada saya tapi kena cepat sebab tempat agak terhad.

    BalasPadam