Ianya dirancang diadakan di Restoran Kentucky Fried Chicken, tetapi di ubah saat akhir, kerana restoran tersebut sedang di ubah suai akibat terbakar.
Maka berpindahlah ke mulanya kekedai mamak, tetapi dengan kuasa veto yang ada pada Mastura, dia menetapkan di Restoran Sup (Lupa la pulak namanya)....
Aku sampai lebih kurang 3.15 ptg, tak tau nak kontek sapa, terus kontek Tati, beliau ketika itu dalam kereta untuk kekedai mamak. Berhenti sekejap melihat kelibat aku, kemudian terlihat ada seorang lelaki dalam kereta tati, mungkin suaminya lah, tetapi hati dan otak sedang menerawang, macam pernah kulihat, tapi dimana ya? akhirnya dengan tidak semena mena, terpacul keluar dari mulut aku, 'Eh Zul, kau ke ni" maka rasa bersalah terbit dihati kerana pada mulanya tidak mengendahkan beliau.
Apa apa pun aku sekeluarga selamat berlabuh kat restoran sup tu, waktu itu telah kelihatan Mas,Liza, Natipah, Mazlinda and husband dan etc....
Sesi terkejut tergempak berlaku lebih kurang 15 mins, sebelum semua setel down memesan makanan, selepas itu, macam macam ceritalah....apa pun nilah antara gambar yang aku cilok dari WA untuk tatapan bersama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan