Rabu, 1 Januari 2014

Banjir besar Kuantan Nov 2013

Salam Semua,

Pada bulan Novemeber 2013, kita telah dikejutkan dengan banjir besar melanda negeri Pahang. dalam jaman dimana maklumat melayang macam angin, bermacam macam cerita keluar, empang pecahlah, sungai melimpah lah dan sebagainya, ada yang betul ada yang tipu, ada yang mendahului pihak berwajib dalam menyampai maklumat kurang sahih. Entah dimana seronoknya mereka cipta cerita yang bukan bukan tersebut, kalau mereka cipta peralatan untuk OKU ke, software canggih ke, kapal UFO ke, ada jugak faedahnya.
Pengurusan banjir ini ada juga pertimbangan komersilnya, perbelanjaan untuk mengawal banjir rupanya mengambil pertimbangan nilai harta yang musnah bilamana banjir melanda, jika nilai itu tak berbaloi, maka biarlah banjir. Tetapi nyawa manusia tiada nilai. Pertimbangan komersil juga membawa kepada pembinaan penempatan yang memang berisiko banjir, maksudnya harap harap tak banjirlah. Apa apa pun, bukan lah tujuan post ini untuk menyalahkan mana mana pihak, tapi cuma untuk merakamkan tahniah kepada ahlul afklsixers yang turut serta dalam membantu mangsa banjir. Bermula dengan tidakan YB Fadilah membukan penempatan disekolah tempat beliau diikuti idea mengirim barangan melalui bas sangat menarik, dimana disambut oleh team afkl dikuantan.Juga usaha Dokti Ti dan team kliniknya. Tahniah sekali lagi. Semuga gambar berikut menjadi peransang untuk aktiviti dimasa depan.













Selamat Tahun Baru 2014

Salam semua,

Uchapan keramat selamat tahun baru akan didengari setiap tahun pada tanggal 31hb dis dan 1hb Jan. Pada dua tarikh ini, mungkin jutaan yang menyebutnya, tak ketinggalan juga para ahlul afklsixers. Cuma yang berbedanya, uchapan selamat hari lahir,bornday, birthday, hari jadi turut juga berkumandang untuk Puan Kimie, Puan Asnida dan juga Tuan Arip, yang dianggap abang sulong.
Seperti mana tahun tahun sebelumnya, tahun pergi dan datang bersama perkiraan umur yang memanjat, menandakan pertambahan usia  dan kematangan.
Sepanjang tahun 2013, menyaksikan afklsixers berjaya buat julung kalinya bersatu dalam tempoh yang agak panjang berbanding sebelumnya, disertai dengan pelbagai aktiviti aktiviti walaupun hanya melalui seiberuang (Cyberspace). Bermula dengan penyatuan melalui WA, bersembang, bergelak, berjumpa, aktiviti sosial yang biasa dilakukan oleh apa jua kumpulan, hatta kongsi gelap sekalipun, tetapi apa yang menarek, disamping sembang kosong, gelak ketawa, usik mengusik, seolah olah tanpa paksaan dan hasutan, aktiviti berbaur kemasyarakatan juga berjaya kita lakukan, seperti menolong mangsa banjir, jejak kasih dengan tujuan meningkatkan motivasi dan membantu sahabat dikala susah.

Bermula tahun baru ini jua, satu lagi sejarah bilamana tabung afkl dilancarkan dengan rasminya, harap harap ianya akan menjadi perkara yang berfaedah untuk semua ahli.

Sebagai sebuah gerakan yang menggabungkan ahli yang telah bersama sejak dari jaman kechil, tentunya sesuatu yang unik dan berlainan dengan grup grup lain yang mungkin kita ada menyertainya. Tiada politik , unsur tahyul, gangsterism, pelampau agama, lucah , hasad dengki, iri hati, mengata dibelakang, bangkang dalam senyap, sebaliknya unsur santai, relaxs dan positif harus terus kita semai bagi membuktikan pengamalan unsur unsur yang dianjurkan dalam agama kita membuahkan hasil lumayan.

marilah sama sama kita memanjatkan kesyukuran keatas ketentuan ini, dan semuga apa yang kita ranchang, akan diberkati, jika berlaku sebaliknya, kesyukuran jua harus kita luahkan, kerana sebaik baik perancang, hanya milik Allah  yang maha Esa.