Rabu, 1 Januari 2014

Selamat Tahun Baru 2014

Salam semua,

Uchapan keramat selamat tahun baru akan didengari setiap tahun pada tanggal 31hb dis dan 1hb Jan. Pada dua tarikh ini, mungkin jutaan yang menyebutnya, tak ketinggalan juga para ahlul afklsixers. Cuma yang berbedanya, uchapan selamat hari lahir,bornday, birthday, hari jadi turut juga berkumandang untuk Puan Kimie, Puan Asnida dan juga Tuan Arip, yang dianggap abang sulong.
Seperti mana tahun tahun sebelumnya, tahun pergi dan datang bersama perkiraan umur yang memanjat, menandakan pertambahan usia  dan kematangan.
Sepanjang tahun 2013, menyaksikan afklsixers berjaya buat julung kalinya bersatu dalam tempoh yang agak panjang berbanding sebelumnya, disertai dengan pelbagai aktiviti aktiviti walaupun hanya melalui seiberuang (Cyberspace). Bermula dengan penyatuan melalui WA, bersembang, bergelak, berjumpa, aktiviti sosial yang biasa dilakukan oleh apa jua kumpulan, hatta kongsi gelap sekalipun, tetapi apa yang menarek, disamping sembang kosong, gelak ketawa, usik mengusik, seolah olah tanpa paksaan dan hasutan, aktiviti berbaur kemasyarakatan juga berjaya kita lakukan, seperti menolong mangsa banjir, jejak kasih dengan tujuan meningkatkan motivasi dan membantu sahabat dikala susah.

Bermula tahun baru ini jua, satu lagi sejarah bilamana tabung afkl dilancarkan dengan rasminya, harap harap ianya akan menjadi perkara yang berfaedah untuk semua ahli.

Sebagai sebuah gerakan yang menggabungkan ahli yang telah bersama sejak dari jaman kechil, tentunya sesuatu yang unik dan berlainan dengan grup grup lain yang mungkin kita ada menyertainya. Tiada politik , unsur tahyul, gangsterism, pelampau agama, lucah , hasad dengki, iri hati, mengata dibelakang, bangkang dalam senyap, sebaliknya unsur santai, relaxs dan positif harus terus kita semai bagi membuktikan pengamalan unsur unsur yang dianjurkan dalam agama kita membuahkan hasil lumayan.

marilah sama sama kita memanjatkan kesyukuran keatas ketentuan ini, dan semuga apa yang kita ranchang, akan diberkati, jika berlaku sebaliknya, kesyukuran jua harus kita luahkan, kerana sebaik baik perancang, hanya milik Allah  yang maha Esa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan