Rabu, 1 Januari 2014

Banjir besar Kuantan Nov 2013

Salam Semua,

Pada bulan Novemeber 2013, kita telah dikejutkan dengan banjir besar melanda negeri Pahang. dalam jaman dimana maklumat melayang macam angin, bermacam macam cerita keluar, empang pecahlah, sungai melimpah lah dan sebagainya, ada yang betul ada yang tipu, ada yang mendahului pihak berwajib dalam menyampai maklumat kurang sahih. Entah dimana seronoknya mereka cipta cerita yang bukan bukan tersebut, kalau mereka cipta peralatan untuk OKU ke, software canggih ke, kapal UFO ke, ada jugak faedahnya.
Pengurusan banjir ini ada juga pertimbangan komersilnya, perbelanjaan untuk mengawal banjir rupanya mengambil pertimbangan nilai harta yang musnah bilamana banjir melanda, jika nilai itu tak berbaloi, maka biarlah banjir. Tetapi nyawa manusia tiada nilai. Pertimbangan komersil juga membawa kepada pembinaan penempatan yang memang berisiko banjir, maksudnya harap harap tak banjirlah. Apa apa pun, bukan lah tujuan post ini untuk menyalahkan mana mana pihak, tapi cuma untuk merakamkan tahniah kepada ahlul afklsixers yang turut serta dalam membantu mangsa banjir. Bermula dengan tidakan YB Fadilah membukan penempatan disekolah tempat beliau diikuti idea mengirim barangan melalui bas sangat menarik, dimana disambut oleh team afkl dikuantan.Juga usaha Dokti Ti dan team kliniknya. Tahniah sekali lagi. Semuga gambar berikut menjadi peransang untuk aktiviti dimasa depan.













Selamat Tahun Baru 2014

Salam semua,

Uchapan keramat selamat tahun baru akan didengari setiap tahun pada tanggal 31hb dis dan 1hb Jan. Pada dua tarikh ini, mungkin jutaan yang menyebutnya, tak ketinggalan juga para ahlul afklsixers. Cuma yang berbedanya, uchapan selamat hari lahir,bornday, birthday, hari jadi turut juga berkumandang untuk Puan Kimie, Puan Asnida dan juga Tuan Arip, yang dianggap abang sulong.
Seperti mana tahun tahun sebelumnya, tahun pergi dan datang bersama perkiraan umur yang memanjat, menandakan pertambahan usia  dan kematangan.
Sepanjang tahun 2013, menyaksikan afklsixers berjaya buat julung kalinya bersatu dalam tempoh yang agak panjang berbanding sebelumnya, disertai dengan pelbagai aktiviti aktiviti walaupun hanya melalui seiberuang (Cyberspace). Bermula dengan penyatuan melalui WA, bersembang, bergelak, berjumpa, aktiviti sosial yang biasa dilakukan oleh apa jua kumpulan, hatta kongsi gelap sekalipun, tetapi apa yang menarek, disamping sembang kosong, gelak ketawa, usik mengusik, seolah olah tanpa paksaan dan hasutan, aktiviti berbaur kemasyarakatan juga berjaya kita lakukan, seperti menolong mangsa banjir, jejak kasih dengan tujuan meningkatkan motivasi dan membantu sahabat dikala susah.

Bermula tahun baru ini jua, satu lagi sejarah bilamana tabung afkl dilancarkan dengan rasminya, harap harap ianya akan menjadi perkara yang berfaedah untuk semua ahli.

Sebagai sebuah gerakan yang menggabungkan ahli yang telah bersama sejak dari jaman kechil, tentunya sesuatu yang unik dan berlainan dengan grup grup lain yang mungkin kita ada menyertainya. Tiada politik , unsur tahyul, gangsterism, pelampau agama, lucah , hasad dengki, iri hati, mengata dibelakang, bangkang dalam senyap, sebaliknya unsur santai, relaxs dan positif harus terus kita semai bagi membuktikan pengamalan unsur unsur yang dianjurkan dalam agama kita membuahkan hasil lumayan.

marilah sama sama kita memanjatkan kesyukuran keatas ketentuan ini, dan semuga apa yang kita ranchang, akan diberkati, jika berlaku sebaliknya, kesyukuran jua harus kita luahkan, kerana sebaik baik perancang, hanya milik Allah  yang maha Esa.

Selasa, 31 Disember 2013

Jejak Kasih Saudara Roslan Napiah AKA Takek

Sekumpulan jejaka idaman afkl, saudara Mohsen Tongkang, Husin Gendut, Che Bun, Meor ..(Kalau ada tercicir tolong tambah), telah membuat lawatan jejak kasih ke rumah saudara Roslan Napiah di Bera, yang menautkan kembali hubungan yang telah terputus sejak hampir 30 tahun yang lampau. Tujuan lawatan tersebut, tak lain tak bukan untuk menjalinkan kembali hubungan yang telah terputus, bertanya khabar dan juga mengambil tahu tentang kedudukan sahabat kita ini. Lawatan ini telah disiar secara live ke WA group, dan menimbulkan suasana hiba serta terharu melihat keakraban sahabat sahabat sekalian. Lawatan ini di kira berjaya dan memenuhi hasrat ahli afklsixers untuk mengembalikan zaman gila gila remaja yang telah lama ditinggalkan, dengan tekad untuk merempuh hari mendatang dengan lebih berfaedah dan bermanfaat untuk semua. Bertitik dari saat itu, ada susulan lawatan secara peribadi dari saudara Zul Gebu dan jug YB Fadilah.Kalau ada coretan yang lebih lengkap harap boleh tolong kemaskinikan. Saya titipkan antara gambar yang saya save.

























Sabtu, 14 Disember 2013

Perjumpaan Semula di Saujana Utama, Rawang.


Bertarikh 23hb November 2013 yang lalu, antara jam 3 ptg hingga .....,bertempat di Saujana Utama, telah berlangsungnya majlis perjumpaan semula sahabat afkl tahun 1982-1986. Acara ini mulanya dirancang untuk kaum hawa, namun telah bertukar kepada umum , kerana penyertaan dari kaun adam yang tidak dapat dielakkan, malah dialu alukan.
Ianya dirancang diadakan di Restoran Kentucky Fried Chicken, tetapi di ubah saat akhir, kerana restoran tersebut sedang di ubah suai akibat terbakar.
Maka berpindahlah ke mulanya kekedai mamak, tetapi dengan kuasa veto yang ada pada Mastura, dia menetapkan di Restoran Sup (Lupa la pulak namanya)....
Aku sampai lebih kurang 3.15 ptg, tak tau nak kontek sapa, terus kontek Tati, beliau ketika itu dalam kereta untuk kekedai mamak. Berhenti sekejap melihat kelibat aku, kemudian terlihat ada seorang lelaki dalam kereta tati, mungkin suaminya lah, tetapi hati dan otak sedang menerawang, macam pernah kulihat, tapi dimana ya? akhirnya dengan tidak semena mena, terpacul keluar dari mulut aku, 'Eh Zul, kau ke ni" maka rasa bersalah terbit dihati kerana pada mulanya tidak mengendahkan beliau.
Apa apa pun aku sekeluarga selamat berlabuh kat restoran sup tu, waktu itu telah kelihatan Mas,Liza, Natipah, Mazlinda and husband dan etc....
Sesi terkejut tergempak berlaku lebih kurang 15 mins, sebelum semua setel down memesan makanan, selepas itu, macam macam ceritalah....apa pun nilah antara gambar yang aku cilok dari WA untuk tatapan bersama.