Selasa, 24 September 2013

TABUNG RM10

Posted by Nik Fauziah Nik Hussin.

Assalamualaikum,

Sahabat yang dikasihi sekalian. Untuk pengetahuan semua, saya telah membuka satu tabung yang dinamakan TABUNG RM10. Penubuhan tabung ini ialah bertujuan memudahkan sesiapa yang ingin menginfak sedikit pendapatan yang diperolehi. 

Secara khususnya, tabung ini adalah untuk membantu dua buah sekolah tahfiz, iaitu Madrasah Al Yamani puteri yang terletak di Kg. Baru KL (yang menempatkan pelajar-pelajar kurang berkemampuan dari seluruh negara, termasuk Kemboja dan Filipina). 

Manakala sebuah lagi sekolah tahfiz, iaitu Tahfiz Darul Furqan, Kg. Padang Balang, Sentul, yang memerlukan dana bagi pembinaan bangunan untuk kegunaan pelajar puteri. 

Hanya dengan RM10 SEBULAN, tetapi secara istiqomah, insya-Allah akan dapat membantu dua buah sekolah tahfiz berkenaan. Segala sumbangan yang diberikan akan disampaikan terus kepada Mudir dan pengelola sekolah terbabit. 

Bagi yang ingin turut serta dalam usaha kecil ini, bolehlah memasukkan infaq anda ke akaun Maybank 114106035964 (Nik Fauziah Nik Hussin - dibuka khusus untuk projek ini) dan emelkan ke nik2konsep@gmail.com 


"Sebatang lidi mungkin sangat terhad kegunaannya. Tetapi jika menjadi seberkas, banyak yang boleh dibuat dengannya. Begitu juga RM10 dari poket kita, mungkin kecil nilainya tetapi jika dikumpul secara berjemaah, ia dapat memberikan harapan bagi yang mengharapkan. Dan lebih bermakna jika sumbangan itu dilakukan secara ISTIQAMAH, seperti sabda Nabi saw, "“AMALAN YANG PALING DISUKAI ALLAH IALAH PEKERJAAN YANG BERTERUSAN (ISTIQOMAHJ) WALAUPUN SEDIKIT”. 

Semoga RM10 yang kita hulurkan secara istiqomah, dapat memberikan sedikit keselesaan kepada anak-anak huffaz ini. 

(Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke emel saya)

Ahad, 22 September 2013

Food for the thought



Assalamualaikum...

Sorry tajuk je omputeh ye...hehehe! Hurm..Terima kasih kepada admin yang mengambil masa untuk mewujudkan blog ini. Begitu lama masa berlalu..kan? Daripada sekecik-kecik orang, semua kita kini dah pun nak masuk separuh abad (uissyy..sadisnya guna separuh abad). Tapi itulah hakikatnya, masa beredar.

And talking about masa... Kita semua selalu komplen takde masa, tak cukup masa..walhal Allah dah bagi kita semua sama jumlah masa, 24 jam sehari. Takde yang lebih, takde yang kurang. Semua sama..adilkan Allah? Cuma kebijaksanaan kita mengendalikan masa sahaja, itu yang membezakan.

Bercerita tentang masa dan pengisiannya, tentu kita semua tahu tujuan kita dijadikan. Ya, tak lain tak bukan untuk beribadat kepada Allah. Sebagaimana firman Allah dalam surah Az-zariyat: 56, “Tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadat kepada-Ku”.

Kalau kita renung-renungkan kembali kehidupan kita, adakah sudah terisi matlamat kejadian kita itu iaitu untuk beribadat kepada Allah azzawajalla?

Saya yakin ramai di kalangan sahabat pernah menerima emel yang saya namakan kalkulator amalan. Saya pernah mendapat emel ini lama dahulu dan saya terjumpa sekali lagi sewaktu membaca novel Tuhan Masih Mencintaiku yang dihadiahkan oleh sahabat saya seorang penulis Lily Haslina Nasir. Saya ingin kongsikan bersama sahabat di ruangan ini, mudah-mudahan kita sama-sama dapat bermuhasabah.

Kita tahu tanggungjawab kita di dunia ini ialah untuk beribadat kepada Allah. Justeru mari kita muhasabah bersama apakah kita sudah memenuhi tanggungjawab tersebut. Kita kira jumlah solat sahaja dulu.. kerana seperti kita maklum, solat merupakan perkara pertama yang akan ditanya Allah nanti.

Berapa usia kita sekarang? Untuk mudah kita gunakan umur 40 tahun (weee..ni kira masuk mesin masa lah ye hihi!) Sekarang mari kita sama-sama ambil kalkulator.

Berapa umur ketika baligh – 13 tahun?
Ok.. 13 tahun, adakah kita telah mengerjakan solat tanpa ada yang tercicir? Jika Ya – Alhamdulillah.. Tidak? Hmmm… serius kena muhasabah kembali.!

Katakanlah di usia 16 tahun baru kita betul-betul bersolat.
40-16=24 tahun @ 8736 hari
Berapa lama kita solat sehari? 5 minit? 10 minit?
12 minit x 5 kali = 60 minit @ 1 jam sehari 

x 8736 hari/364 = 2 tahun

Bayangkan daripada 40 tahun kita hidup, cuma 2 tahun sahaja kita solat (ibadat). Apakah sudah cukup memenuhi matlamat kita dijadikan untuk beribadah? Andai kita diambil nyawa oleh Allah di ketika ini, mampukah kita berkata, "Ya, Allah aku sudahpun memenuhi tujuan aku dijadikan, iaitu untuk beribadat kepada Engkau…"

Tentu malu kita, kalau hendak dibandingkan dengan apa yang kita terima setiap hari daripada Allah SWT. Justeru layakkah kita meminta untuk dimasukkan ke dalam syurga?

Bagaimana pula kalau solat kita itu cerlang-cerlup, masa rajin solat, masa susah solat, masa mengharapkan sesuatu dari Allah solat, tapi masa gembira, senang kita tak solat. Atau kita solat tetapi tak khusyuk, solat ibarat ayam patuk padi – sekadar ambil nama solat sahaja. Cukupkah? Apakah solat kita itu memenuhi piawaian Allah atau tidak? Layakkah kita untuk masuk syurga?

Mungkin kita sedar ibadat bukan sahaja puasa, solat, zakat, haji, menutup aurat. Belajar satu ibadat, bekerja juga satu ibadah. Benar.. tapi adakah kita benar-benar belajar kerana ibadat. Atau belajar kerana ingin mendapat jawatan yang baik yang menjamin kita memperoleh kerja yang bagus dan duit yang banyak? Bekerja satu ibadat – juga benar. Tapi adakah pekerjaan yang kita lakukan itu menepati kehendak syariat, menjaga batas pergaulan. Apakah dalam bekerja kita benar-benar menepati masa, tidak curi tulang, tidak menggunakan peralatan pejabat atau masa bekerja untuk sesuatu yang tidak bersangkutan dengan hal kerja. Atau dengan kata lain kita amanah terhadap kerja?

Lalu apakah kita sudah menepati matlamat kejadian kita – untuk beribadat kepada Allah? Moga Allah akan mengampuni dosa-dosa dan kelalaian kita. Astagfirullah…

Just a simple scribble from Nik

Sabtu, 21 September 2013

Selingan - Kembara Seniman Jalanan

Atas permintaan Mas, sedikit maklumat tentang filem di atas, yang lahir waktu kita di AFKL....

(Maklumat dari wikipedia)
Kembara Seniman Jalanan adalah sebuah filem Malaysia yang diarahkan oleh Nasir Jani dan M.Nasir selaku penulis skrip. Filem yang ditayangkan kepada umum pada Februari 1986 ini telah dibintangi oleh M.Nasir sendiri dan artis-artis seperti:-
Filem ini diterbitkan oleh Zarul Al-Bakri melalui ZSA Holdings Sdn Bhd. Filem ini dimulai dengan paparan warna-warna lukisan pelukis tempatan seperti S Amin Shahab, M Nasir, Mohd Din dan dibayangi dengan imej watak utama iaitu M Nasir sendiri sebagai Jebat atau Bujang.

Sinopsis

Bujang yang baru tiba di ibukota telah bertembung dengan tidak sengaja dengan Osman Tikus (lakonan Pyan Habib) di Hentian Puduraya.Osman merupakan seorang penyeluk saku @ pencuri sepenuh masa. Pertembungan itu mengakibatkan dompet Bujang juga turut menjadi mangsa Osman.
Hal ini hanya disedari setelah Bujang ke gerai burger milik Imuda (Brader Joe) untuk mengalas perut sebelum meneruskan tujuan ke Studio rakaman milik En Johan, seorang pengusaha syarikat rakaman bumiputera yang terlibat dengan cetak rompak. Akibatnya Bujang terpaksa makan burger tidak berbayar.
Sesampai di studio rakaman , Bujang terpaksa menunggu lama dan disuruh pulang dan datang semula esok harinya oleh En Johan kerana alasan sibuk dan tidak mahu melayan Bujang. Bujang berjumpa semula dengan Osman selepas itu di gerai Brader Joe. Bujang nampak Osman ada disitu dan terus menyerang Osman tetapi berjaya di halang oleh Brader Joe dan Siso. Kemudian Osman memohon maaf dan mengajak Bujang tinggal bersama di rumah "tinggal" di ibu kota.
Keesokan harinya Bujang kembali ke studio rakaman dan apabila tiba giliran ujibakat, dia dipersendakan dan diperlekehkan oleh En Johan kerana penampilan yang "rugged". Bujang mendendangkan lagu "Rupa Tanpa Wajah" secara akustik dan dalam diam-diam En Johan, telah merakam dan menciplak lagu tersebut dan diberikan kepada penyanyi pop superstar bernama Fareez.Disitu juga Bujang bertemu dengan Khaty , seorang wartawan hiburan.
Bujang yang tiada mendapat peluang menjadi artis rakaman telah didorong oleh Brader Joe supaya membuat persembahan secara terbuka "basking" di kaki lima bangunan-bangunan. Biasanya dia ditemani oleh Osman yang turut mengambil kesempatan menyeluk saku.Mereka adakalanya dihalau oleh Pihak Berkuasa kerana dituduh mengemis.dR Sam dan Neeruam , juga pengusaha syarikat rakaman turut mencari-cari bakat baru untuk diketengahkan.
Suatu hari Khaty telah dipanggil oleh En Johan untuk mendengar lagu dari album terbaru Fareez. En Johan cuba merasuah Khaty dengan wang suapan supaya mempromosikan album itu. Khaty terserempak dengan Bujang yang menyanyi di tepi jalan, dan bertanyakan lagu yang dinyanyikan serupa dengan lagu Fareez.
Barulah Bujang sedar yang karya beliau telah dirakam rompak dan diciplak. Beliau dan Osman telah mengamuk dalam satu majlis promosi dan pradengar album Fareez di sebuah hotel terkemuka di ibukota. Mereka berdua kemudiannya telah ditahan dan dipenjarakan.
Neeruam telah mengikat jamin Bujang dan Osman . Kemudian mereka menjadi artis syarikat rakaman dR Sam bersama artis lain seperti Search, Blues Gang dan Sweet Charity.

Soundtrack

Lagu-lagu dari Filem tersebut juga telah diabadikan melalui sebuah album keluaran Polygram Records bertajuk "Lagu-lagu dari filem Kembara Seniman Jalanan".Semua lagu adalah ciptaan M Nasir kecuali Balada Pemuzik Jalanan oleh Zainol Ali. Senarai lagu-lagunya seperti berikut:-
  • Rupa Tanpa Wajah
  • Siapa Orang Kita
  • Balada Pemuzik Jalanan (oleh Search)
  • Duit
  • Sesat Di Kuala Lumpur
  • Di Manakah Dikau
  • Citak Rompak
  • Balada Osman Tikus
  • Harapan Terakhir
Lihat filem....

Sahabat, dulu,kini dan selamanya

Kawan,rakan dan sahabat mempunyai maksud hampir sama, tetapi istilah sahabat lebih tepat untuk gambar di atas.
Man Arip - tinggi dari semua, tu sebab jadi ketua pelajar kot..
Bled - dari dulu dah nampak ketokohan jadi bos bos...siap tunjuk dada lagi...
Rahim Said (Aim) - Jambul didepan tu kekal sampai form 5
Black Joe - tengok muka pun dah tau, suara mesti sedap punya, esp kalau nyanyi lagi Teman yang dipopularkan oleh penyanyi zamree.
Kat ujung tu nampak tangan jer, apa punya camera man ni...

Gambar di atas, menunjukkan berapa akrab nya budak budak tu, macam sehidup semati lagaknya....
Masa memang merubah segalanya, dari segi fizikal, mentaliti, dan sebagainya...
Tapi asal usul tidak boleh berubah.....
Maka betapa tingginya pangkat, kedudukan, kewangan.....dihati kecil tetap teringat asal usul....
peristiwa yang pernah singgah dalam sejarah masing masing, adalah sesuatu yang tidak boleh dibeli kerana tiada harga yang boleh menilaikannya...
Walaupun kita pernah berjumpa, berpisah, bertemu kembali...diharap janganlah kekok dan terasing, dingin dan menyepi...
Mungkin ada kepentingan lain dan tuntutan lain, peluang untuk mengulangi suka duka lama tidak harus dibiar begitu saja...
kita pernah berangan...kalaulah aku dapat patah balik ke masa silam, alangkah seronoknya....
namun hukum alam dan masa, tidak sama sekali membenarkannya...maka setiap detik yang terluang, diharap tidak dipersiakan.....
jika ada timbul keraguan, dan kenegatifan, buang jauh jauh...
jika berasa sapalah aku sekarang.......sekurang kurangnya tengok sapalah aku suatu masa dahulu...
diharap perasaan jauh hati, tak sudi, dan apa apa lagi..tidak besarang dihati....
susah senang bisa saja kita kongsikan...kerana kita pernah berkongsi susah senang itu, kalau dulu boleh, sekarang pasti boleh.....
yang berjaya, tentu tidak lupa yang tewas....
yang atas , tentu tak lupa yang bawah....
yang dirahmati, tentu tak lupa yang diuji.....
yang diskang, janganlah lupa yang rock...

Akhir kalam buktikan lah bahawasanya kekhilafan kapitalis dalam mencorak dunia, tidak kita amalkan...sahabat susah senang, dulu, kini dan selamanya...

Dimana mereka sekarang? lihat dibawah....
Tok arip masih tinggi dari yg lain
Bled masih tunjuk dada macam hail amir
Rahim jambul dah jadi putih
Black Joe masih kekal black dan maintain



Nukilan dari Gagak DiRimba.....

Reunion 2003. Pasir Gudang, Johor

Husin Gendut,  Jalil, Lan Bogh, Etode, Lazak, Man Blade, Mohsin Tongkang, Shahril Kelubi,
Mat Zink, Mazlan Gondeh, Azmi Petai (more picture coming soon)

Oleh: Etode









Jumaat, 20 September 2013

1st official reunion ( Southern chapter) at Hyatt Johor Bahru

Perjumpaan pertama setelah sekian lama. Pada 5hb april 2003, 16 tahun tak berjumpa...terubat sedikit rindu.. walaupun x tidak semua ahli yg bermastatutin di JB hadir.. ini sudah cukup memuaskan

Hartati Kasim aka Atak

Ruangan bintang AFKL (bukan AF...), menampilkan personaliti AFKL, saudari Hartati Binti Kassim, naib pengurusi biro sukan yang dikepalai olek pak din blues.....
Nota: kebenaran telah diterima dari tati untuk menampilkan gambar beliau sekeluarga untuk tatapan warga afkl, yang bertanya sapa la agak nya si tati ni...
Komen sikit: Anak kau yang tengah tu macam nak gaduh je....

Diskang vs Rockers

Aku mengenali perkataan diskang ni semasa berada di AFKL. Tidak aku pasti dari mana asalnya perkataan diskang ni, dan apa maksudnya. Di barat pada zaman 70an berlaku satu revolusi disko yang amat hebat sehingga menyebabkan golongan rockers menjadi amat marah, sehingga sering berlaku pergaduhan.
Di Malaysia pada ketika itu, kalau kita berlajar perkataan berlawan, bolehlah diandaikan perkataan diskang ni adalah lawan perkataan rockers. Tapi yang menariknya, di AFKL, dua dua puak ni boleh hidup sekali, cuma penampilan kedua dua puak ni jauh berbeza, seperti dua kasta yang berbeda. Perkataan lain yang hampir untuk mat diskang ialah, mat belia, skema dan sebagainya.Manakala rockers pulak, kutu berahak, blues, dan apa apa yang bunyinya membawa makna 'cool'.
Penampilan kedua dua puak ini bukan setakat cara berpakai, tapi juga dari segi lain seperti lagu lagu yang didengari, kedai/restauran yang di lawati, cara cakap yang berbeda tona, topik perbincangan yang berbeda, hobi yang berlawanan, dan sebagainya.
Mat diskang lebih mesra perempuan, manakala rockers pulak memusuhi perempuan, walaupun dalam hati ada taman. Rockers di mata perempuan , sebagai seorang yang hebat, cool, menarik dan sebagainya. Mat diskang pula, dimata perempuan adalah seorang yang romantik, punya masa depan, menjamin masa depan dan status kebanggaan.
Mat diskang pada mata orang tua, adalah anak yang baik baik, bersih, mendengar kata, contoh teladan, bakal menantu dan sebagainya
Rockers pulak dimana orang tua, hanyalah menyemak mata, sampah masyarakat, menyumbang masalah sosial, jahat, ganas, tak leh dibuat menantu, jangan dok kawan..apa apa saja yang berbaur negatif.
Apa apa pun, itu semua rencah remaja, bersama peredaran waktu, syaitan tetap memainkan peranannya untuk menghasut manusia , maka tak kiralah diskang ke, rockers ke, apabila menempuh fasa baru kehidupan, berlaku perubahan yang...
....menjadikan mat diskang penjenayah, kaki rasuah, kaki betina, kaki disko, mabuk, kaki pukul, road bully dan sebagainya...manakal rockers pulak menjadi imam masjid, bapa mithali peringkat daerah, penghulu kampung, YB, dan apa apa saja...
...moral of the story, bukanlah label atau jenama yang menentukan hala tuju masing masing, yang ada hanyalah ketentuan ilahi disamping usaha mengenal diri, dan tujuan kita dibumi...

Sekian....






Khamis, 19 September 2013

En Faiz





...ada sesapa yang boleh mengkisahkan tentang en faiz, tolong nukilkan,....

admin access
e mail: afkl1986@gmail.com
pword : felda1986

kalau anda dalam mode view, cari button sign in, then anda boleh stat mengepos coretan anda untuk tatapan sahabat handai

Coretan 1: Armida Md Tahir
Peristiwa ni berlaku semasa aku form 2 ketika prep hours sebelah pagi. Bukan mengisahkan En. Faiz tapi lebih kepada pengalaman ngeri aku dengan beliau. Mungkin semalam aku tido lewat, mata memang mengantuk giler. Tanpa sedar aku boleh tertidur baik punye, mungkin sampai menganga mulut. Tiba-tiba terasa pedih telinga kena pulas. Rupa-rupanya En. Faiz secara tidak semena-mena muncul di pintu kelas dan terus menuju ke arah aku yang syok lena. Cis! dalam keadaan panik tu, kawan-kawan pun tak sempat nak kejutkan aku. Siap ditanya aku "Ini tempat belajar ke tempat tidur? Ikut saya pergi pejabat!". Alamak...kantoi sudah. Sebelum sampai pejabat beliau, tawaf la aku semua bilik prep tu. Mengekori beliau dari belakang dengan berbagai-bagai perasaan. Stress giler tapi apalah yang budak umur 14 tahun tahu untuk meredakan level stress tu. Tangan aku rasa sejuk dan berpeluh-peluh. Bibir mungkin pucat lesi tapi aku tak sempat nak tengok cermin dalam toilet. Kesiannye keadaan aku waktu itu.

Sampai di bilik pejabat beliau, aku diberi ceramah yang panjang lebar. Habis semua disebut dari kesusahan hidup, harapan parents kat felda, masa depan aku dan negara. Memang terasa lama giler berdiri depan beliau. Sampai satu ketika aku secara tak sengaja telah bermain dengan kuku tangan ku seolah-olah tidak memberi tumpuan kepada nasihat beliau. Apa lagi...naik angin le En. Faiz dengan aku. Dibalingnya aku dengan marker pen!. Tepat pula kena kepala aku, minit tu juga air mata aku keluar huhu... Sakit agaknye selain sakit hati. "Awak boleh balik asrama sekarang. Jangan bagi saya tangkap awak tido lagi.". Peh! lega...Sekali itulah pengalaman ngeri aku dengan En. Faiz.

Ok... kawan-kawan sambung cerita pengalaman pahit manis you all pula ye.

Lagu Warisan (Anak Kecil Main Api)



Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlali teruskan usaha
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara
Melayukan kan gagah di pentas dunia

Selasa, 17 September 2013

Kenangan Di Mimaland - 1982

Oleh : AIM

Nama Mimaland ni memang gah di era 70 an hingga awal 90an...sebagai hadiah atau galakan semua pelajar baharu Asrama Felda Kuala Lumpur dibawa mengunjungi taman tema pertama di Malaysia ni... macam budak-budak sekarang dapat masuk ke LEGOLAND lah agaknya.. baru ku tahu Mimaland adalah singkatan bagi Malaysia in Miniature Land... kalau tanya korang pun aku ingat korang macam aku juga.. tak tahu kan.

Jadi, ini lah gambar kami terawal yang dapat dirakamkan pada tahun 1982. Tak tahu lah kenapa gambar ini agak santai. Tak macam sekarang kena beratur tegak-tegak ikut barisan. Ukur pakai pembaris....rasanya gambar ni diambil masa nak balik.. sebab ramai yang beli ais krim dan sedang menikmatinya..sayang sikit gambar ni diambil dari jauh dan agak kabur.. tapi tuan punya diri boleh cam diri sendiri.


Dari kanan : Rosli Ramli, Mohd. Asri Dahalan, Ahmad Shahrir Halimi, Roslan Bokhari, Ahmad Shahrir Halimi, Abd. Rahim Said, Husin Ahmad, Zainordin Mat Akhir, Mohd Fadilah Tahir, Romzi Ahmad, Azian Madun, Khairul Amri, Jasni Daud, Azman Mokhtar

Duduk dari kanan : Mohd Azhar Awang dan Zulkifli Yacob. Tak tahu pulak siapa di tengah-tengah tu..nanti bagi info tuan punya diri..

Di bahagian belakang yang jelas ada Lazak sahaja.. sebab dia terkenal dengan badan yang paling besar. Yang lain minta maaf lah. Kalau ada CSI yang boleh besarkan gambar ni .. hendak juga aku bagi.. kesian yang kat tangga bas dan dalam bas tu..


Ini pula gambar dalam bas.. sapalah kameraman ini.. Ustaz pun bagi signal dia belum bersedia.. kalau tak Mohsen Ismail tak akan membelakangi kamera... kenal dia sebab rambut dia dan ketinggiannya,, Jasni Daud dan Abd. Rahim Said sahaja yang ready sakan.. Abd. Rashid Jaafar memang menjaga penampilannya.. sedang membetulkan ramosnya.. Sayuti sedang menyisir rambutnya ke tepi dan tentunya Rosli dan Lazak Othman di kiri dan kanan Ustaz.

Ini aje gambar kita kat Mimaland.. tapi untuk ingatan korang Mimaland macam mana tengok lah kat sini.. takut pulak nak cilok-cilok gambar tanpa kebenaran.

http://www.ohtidak.com/oh-taman-tema-pertama-malaysia-mimaland-1971-1994/

Ok.. dah tengok gambar-gambar kat Mimaland kat laman web di atas.. apa yang korang teringat dan paling best.. samalah macam aku.. aku suka papan gelongsor gergasi yang ada kat situ.. mula-mula main yang rendah... best.. nak thrill lagi.. naik yang paling tinggi.. gayat juga.. tapi redah je lah.. memang seronok meluncur.. tp jaga-jaga kat bila kat bawah.. takut dengan seluar-seluar sekali terlucut.. main 'maze' tentu ok jg.. tp tak sesat lah.. tengok patung dinosaur dan apa-apa lagi lah..

Sayangnya.. kini Mimaland hanya dalam kenangan.. nak tunjuk kat anak-anak pun baik tunjuk belakang rumah kita..

Zaman Rock kat AFKL

Pada tahun 1985, mucul album search bertajuk Cinta Buatan Malaysia, yang menjadi penanda aras rock klasik cara sweet charity kepada rock berat/keras ala scorpion. AFKL terus demam yang tak kebah kebah. Masih aku ingat, saudara Bawang merupakan peminat Sweet Charity dan Ramli Sarip, hingga hampir semua lagu dalam album solo Ramli Sarip di hafalnya. Lagu lagu scorpion seperti when the smoke is going down, always somewhere, still loving you, big city night, dan berbagai lagu, merupakan halwa telinga bebudak tak kira tingkatan berada mereka berada, kecuali tingkatan satu yang masih suci.
Bermain Gitar juga antara aktiviti yang agak rare sekali, maklumlah, gitar tu asyik masuk keluar pejabat pengurus.
Pemain kaset merupakan satu komoditi yang paling dicari, sehingga menimbulkan pergaduhan dan kekecohan, walaupun bunyinya macam langau, tapi tetap menjadi pujaan.
Ada satu malam tu, setelah menerima rungutan penghuni taman keramat agaknya, pengurus terus naik sawan, dipanggilnya semua turun roll call, dihempas hempas, dijijak jijaknya radio, entah sapa yang punya, beberapa budak kena pemampar hingga ada yang berdarah hidung.
Itulah penangan irama rock pada waktu itu, Konsert dari panggung anniversary merupakan satu acara yang memerlukan kepakaran melompat pagar, kerana itu saja cara untuk lari dari birokrasi pihak asrama.
Aku masih ingat menyayikan lagu kejora  diiringi oleh kombo felda, pada satu acara yang entah aku pun dah lupa.....
terpengaruh dengan cara berpakain rockers, maka kedai bundle dan longgok kat chow kit merupakan tempat utama bershopping (kalau boleh diistilahkan bershopping). Bermacam macam color seluar seperti kuning, merah, hijau dan sebagainya.
Kasut aliph merupakan kasut yang ada syle lah masa tu, memakai kasut aliph kaler merah menjadikan diri perasan seolah olah rockers sejati. Itu pun jenuh menyimpan duit menoreh getah waktu cuti sekolah...
Sapa yang beli seluar jeans tanpa meng alternya, adalah umat yang lurus bendul. Kedai repair jeans memang laku waktu itu, tapi sebagai budak AFKL, bukan hanya berjaya melahirkan tukang gunting rambut, malah tukang jahit pun ada.
sapa yang ada duit lebih tu, baju gambar hantu dan syaitan, menjadi pilihan, seperti DIO, Ozzy Osbourne, Iron Maiden, bukan kenal halal haram pun waktu tu, janji rock.....

Zaman Pop Ye Ye kat AFKL

Oleh: Capang

Kalau korang ingat, pada tahun 1985/86, demam pop ye ye kembali melanda bumi Malaysia. AFKL turut kena tempiasnya, kita juga punya lagenda tersendiri, saudara Zainoordin Md Akhir aka Mat Last, yang begitu bersemangat mendalami lagu lagu langgam tahun 60 an.
Memandangkan aku antara kawan baik beliau, turut memberi sokongan, dan aku turut mengkhatam kaset kaset lagu 60 an, seperti A.Romzi, Jeffrydin dan seangkatan dengannya, hingga dapat gelaran Man Pop.
Selain lagu 60 an, saudara zainoordin juga mahir berlagu , lagu lagu hindustan, dari zaman agale lagja, membawa ke zaman chalte chalte. Pada waktu itu siaran TV, seperti hiburan minggu ini dan siaran radio, yang dijuruacara kan oleh tukiman radion, tumpang sabtu (aku agak aje ni), memainkan lagu lagu 60 an. Pejuang sejati, seperti M Shariff dan the Zurah, mendapat tempat, sehingga terbitnya konsert himpunan artis artis 60 an di stadium negara.

...bila senang aku sambung citer...

MBS 5 Sains 5

Kalau aku tak silap lah, ini gambar kelas 5 sains 5, kelas sains yang tercorot sekali kat MBS. Guru kelas ini merangkap guru bio. Yang menariknya, kelas ni berkonsepkan nomad, atau tak ada kelas yang tetap, setiap subjek akan berpindah kekelas lain, ikut mana yang kosong. Satu perkara yang membezakan sekolah bandar dan kampung, cikgu di bandar, hampir tidak peduli anak murid nak buat apa, nak tido ke nak terlentang ke, lantak koranglah, pernah aku tertinggal dalam kelas, pasal tertidur...
Pada waktu ini, sudah ada pengedaran bible berbahasa indonesia disini, maklumlah sekolah missionary. Antara hukuman yang pernah aku terima di sekolah ni, kena gunting rambut, siap pihak sekolah suruh barber datang kesekolah, masing masing ikut turn gunting rambut, kena bayar pulak tu. Kutip sampah keliling sekolah kerana tak pakai setokin, jalan itik pasal tak buat kerja sekolah, sampai terus aku buat pengakuan kat cikgu kimia tu, jangan ganggu aku waktu pelajaran kimia, sebab aku tak minat. Buku latihan penuh gambar kartun, sampai ketangan guru besar....ish apa nak jadi....
Sekolah ni banyak juga yang kaya kaya muridnya, tahap manja sampai nak lukis ikan pun tak reti, tangan tak bedung kata orang dulu dulu...
waktu balik, tunggu bas tepi jalan, ada apek jual daging babi salai, bubuh celah roti, tak guna betullah...