Selasa, 24 September 2013

TABUNG RM10

Posted by Nik Fauziah Nik Hussin.

Assalamualaikum,

Sahabat yang dikasihi sekalian. Untuk pengetahuan semua, saya telah membuka satu tabung yang dinamakan TABUNG RM10. Penubuhan tabung ini ialah bertujuan memudahkan sesiapa yang ingin menginfak sedikit pendapatan yang diperolehi. 

Secara khususnya, tabung ini adalah untuk membantu dua buah sekolah tahfiz, iaitu Madrasah Al Yamani puteri yang terletak di Kg. Baru KL (yang menempatkan pelajar-pelajar kurang berkemampuan dari seluruh negara, termasuk Kemboja dan Filipina). 

Manakala sebuah lagi sekolah tahfiz, iaitu Tahfiz Darul Furqan, Kg. Padang Balang, Sentul, yang memerlukan dana bagi pembinaan bangunan untuk kegunaan pelajar puteri. 

Hanya dengan RM10 SEBULAN, tetapi secara istiqomah, insya-Allah akan dapat membantu dua buah sekolah tahfiz berkenaan. Segala sumbangan yang diberikan akan disampaikan terus kepada Mudir dan pengelola sekolah terbabit. 

Bagi yang ingin turut serta dalam usaha kecil ini, bolehlah memasukkan infaq anda ke akaun Maybank 114106035964 (Nik Fauziah Nik Hussin - dibuka khusus untuk projek ini) dan emelkan ke nik2konsep@gmail.com 


"Sebatang lidi mungkin sangat terhad kegunaannya. Tetapi jika menjadi seberkas, banyak yang boleh dibuat dengannya. Begitu juga RM10 dari poket kita, mungkin kecil nilainya tetapi jika dikumpul secara berjemaah, ia dapat memberikan harapan bagi yang mengharapkan. Dan lebih bermakna jika sumbangan itu dilakukan secara ISTIQAMAH, seperti sabda Nabi saw, "“AMALAN YANG PALING DISUKAI ALLAH IALAH PEKERJAAN YANG BERTERUSAN (ISTIQOMAHJ) WALAUPUN SEDIKIT”. 

Semoga RM10 yang kita hulurkan secara istiqomah, dapat memberikan sedikit keselesaan kepada anak-anak huffaz ini. 

(Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke emel saya)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan