Oleh : AIM
Nama Mimaland ni memang gah di era 70 an hingga awal 90an...sebagai hadiah atau galakan semua pelajar baharu Asrama Felda Kuala Lumpur dibawa mengunjungi taman tema pertama di Malaysia ni... macam budak-budak sekarang dapat masuk ke LEGOLAND lah agaknya.. baru ku tahu Mimaland adalah singkatan bagi Malaysia in Miniature Land... kalau tanya korang pun aku ingat korang macam aku juga.. tak tahu kan.

Jadi, ini lah gambar kami terawal yang dapat dirakamkan pada tahun 1982. Tak tahu lah kenapa gambar ini agak santai. Tak macam sekarang kena beratur tegak-tegak ikut barisan. Ukur pakai pembaris....rasanya gambar ni diambil masa nak balik.. sebab ramai yang beli ais krim dan sedang menikmatinya..sayang sikit gambar ni diambil dari jauh dan agak kabur.. tapi tuan punya diri boleh cam diri sendiri.
Dari kanan : Rosli Ramli, Mohd. Asri Dahalan, Ahmad Shahrir Halimi, Roslan Bokhari, Ahmad Shahrir Halimi, Abd. Rahim Said, Husin Ahmad, Zainordin Mat Akhir, Mohd Fadilah Tahir, Romzi Ahmad, Azian Madun, Khairul Amri, Jasni Daud, Azman Mokhtar
Duduk dari kanan : Mohd Azhar Awang dan Zulkifli Yacob. Tak tahu pulak siapa di tengah-tengah tu..nanti bagi info tuan punya diri..
Di bahagian belakang yang jelas ada Lazak sahaja.. sebab dia terkenal dengan badan yang paling besar. Yang lain minta maaf lah. Kalau ada CSI yang boleh besarkan gambar ni .. hendak juga aku bagi.. kesian yang kat tangga bas dan dalam bas tu..
Ini pula gambar dalam bas.. sapalah kameraman ini.. Ustaz pun bagi signal dia belum bersedia.. kalau tak Mohsen Ismail tak akan membelakangi kamera... kenal dia sebab rambut dia dan ketinggiannya,, Jasni Daud dan Abd. Rahim Said sahaja yang ready sakan.. Abd. Rashid Jaafar memang menjaga penampilannya.. sedang membetulkan ramosnya.. Sayuti sedang menyisir rambutnya ke tepi dan tentunya Rosli dan Lazak Othman di kiri dan kanan Ustaz.
Ini aje gambar kita kat Mimaland.. tapi untuk ingatan korang Mimaland macam mana tengok lah kat sini.. takut pulak nak cilok-cilok gambar tanpa kebenaran.
http://www.ohtidak.com/oh-taman-tema-pertama-malaysia-mimaland-1971-1994/
Ok.. dah tengok gambar-gambar kat Mimaland kat laman web di atas.. apa yang korang teringat dan paling best.. samalah macam aku.. aku suka papan gelongsor gergasi yang ada kat situ.. mula-mula main yang rendah... best.. nak thrill lagi.. naik yang paling tinggi.. gayat juga.. tapi redah je lah.. memang seronok meluncur.. tp jaga-jaga kat bila kat bawah.. takut dengan seluar-seluar sekali terlucut.. main 'maze' tentu ok jg.. tp tak sesat lah.. tengok patung dinosaur dan apa-apa lagi lah..
Sayangnya.. kini Mimaland hanya dalam kenangan.. nak tunjuk kat anak-anak pun baik tunjuk belakang rumah kita..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan