Ahad, 22 September 2013

Food for the thought



Assalamualaikum...

Sorry tajuk je omputeh ye...hehehe! Hurm..Terima kasih kepada admin yang mengambil masa untuk mewujudkan blog ini. Begitu lama masa berlalu..kan? Daripada sekecik-kecik orang, semua kita kini dah pun nak masuk separuh abad (uissyy..sadisnya guna separuh abad). Tapi itulah hakikatnya, masa beredar.

And talking about masa... Kita semua selalu komplen takde masa, tak cukup masa..walhal Allah dah bagi kita semua sama jumlah masa, 24 jam sehari. Takde yang lebih, takde yang kurang. Semua sama..adilkan Allah? Cuma kebijaksanaan kita mengendalikan masa sahaja, itu yang membezakan.

Bercerita tentang masa dan pengisiannya, tentu kita semua tahu tujuan kita dijadikan. Ya, tak lain tak bukan untuk beribadat kepada Allah. Sebagaimana firman Allah dalam surah Az-zariyat: 56, “Tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadat kepada-Ku”.

Kalau kita renung-renungkan kembali kehidupan kita, adakah sudah terisi matlamat kejadian kita itu iaitu untuk beribadat kepada Allah azzawajalla?

Saya yakin ramai di kalangan sahabat pernah menerima emel yang saya namakan kalkulator amalan. Saya pernah mendapat emel ini lama dahulu dan saya terjumpa sekali lagi sewaktu membaca novel Tuhan Masih Mencintaiku yang dihadiahkan oleh sahabat saya seorang penulis Lily Haslina Nasir. Saya ingin kongsikan bersama sahabat di ruangan ini, mudah-mudahan kita sama-sama dapat bermuhasabah.

Kita tahu tanggungjawab kita di dunia ini ialah untuk beribadat kepada Allah. Justeru mari kita muhasabah bersama apakah kita sudah memenuhi tanggungjawab tersebut. Kita kira jumlah solat sahaja dulu.. kerana seperti kita maklum, solat merupakan perkara pertama yang akan ditanya Allah nanti.

Berapa usia kita sekarang? Untuk mudah kita gunakan umur 40 tahun (weee..ni kira masuk mesin masa lah ye hihi!) Sekarang mari kita sama-sama ambil kalkulator.

Berapa umur ketika baligh – 13 tahun?
Ok.. 13 tahun, adakah kita telah mengerjakan solat tanpa ada yang tercicir? Jika Ya – Alhamdulillah.. Tidak? Hmmm… serius kena muhasabah kembali.!

Katakanlah di usia 16 tahun baru kita betul-betul bersolat.
40-16=24 tahun @ 8736 hari
Berapa lama kita solat sehari? 5 minit? 10 minit?
12 minit x 5 kali = 60 minit @ 1 jam sehari 

x 8736 hari/364 = 2 tahun

Bayangkan daripada 40 tahun kita hidup, cuma 2 tahun sahaja kita solat (ibadat). Apakah sudah cukup memenuhi matlamat kita dijadikan untuk beribadah? Andai kita diambil nyawa oleh Allah di ketika ini, mampukah kita berkata, "Ya, Allah aku sudahpun memenuhi tujuan aku dijadikan, iaitu untuk beribadat kepada Engkau…"

Tentu malu kita, kalau hendak dibandingkan dengan apa yang kita terima setiap hari daripada Allah SWT. Justeru layakkah kita meminta untuk dimasukkan ke dalam syurga?

Bagaimana pula kalau solat kita itu cerlang-cerlup, masa rajin solat, masa susah solat, masa mengharapkan sesuatu dari Allah solat, tapi masa gembira, senang kita tak solat. Atau kita solat tetapi tak khusyuk, solat ibarat ayam patuk padi – sekadar ambil nama solat sahaja. Cukupkah? Apakah solat kita itu memenuhi piawaian Allah atau tidak? Layakkah kita untuk masuk syurga?

Mungkin kita sedar ibadat bukan sahaja puasa, solat, zakat, haji, menutup aurat. Belajar satu ibadat, bekerja juga satu ibadah. Benar.. tapi adakah kita benar-benar belajar kerana ibadat. Atau belajar kerana ingin mendapat jawatan yang baik yang menjamin kita memperoleh kerja yang bagus dan duit yang banyak? Bekerja satu ibadat – juga benar. Tapi adakah pekerjaan yang kita lakukan itu menepati kehendak syariat, menjaga batas pergaulan. Apakah dalam bekerja kita benar-benar menepati masa, tidak curi tulang, tidak menggunakan peralatan pejabat atau masa bekerja untuk sesuatu yang tidak bersangkutan dengan hal kerja. Atau dengan kata lain kita amanah terhadap kerja?

Lalu apakah kita sudah menepati matlamat kejadian kita – untuk beribadat kepada Allah? Moga Allah akan mengampuni dosa-dosa dan kelalaian kita. Astagfirullah…

Just a simple scribble from Nik

4 ulasan:

  1. Nik, terima kasih atas ingatan ini atas dasar kasih sayang sesama sahabat. Semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah.

    BalasPadam
  2. Etode, terima kasih atas posting yang mengingat kan ini....dr capang

    BalasPadam
  3. Terima kasih untuk ingatan ini...

    BalasPadam